Wednesday, November 10, 2010

knp yahudi itu bijak

Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship
dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat
saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi
Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa
Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang
paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling
tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi,
dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman
diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya
menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab
nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada
mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah
bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping
kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk
pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir
lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam,
ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data
data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di
Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama
kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain
piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan
menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan
kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan
bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat
menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik,
tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada
beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk
anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak
beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini
membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat
latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama
susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan
tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis
kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat
merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung
dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang
mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi,
perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap
undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan
(hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama
dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak
elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian,
terutama badam.
Seperkara yang pelik
ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan
utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan
dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan
hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini
akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk
memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan
menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah
mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan
nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat
pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg
cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui
oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap
ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah
…… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan
anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama
kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)
Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata
mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari
awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah
suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota
notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal
menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam
senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik
terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar
metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi
keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak
anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya
katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di
tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga
menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah
memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan
menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping
mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah)
disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka
digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala
kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah
lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan
dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan
lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan
rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik
Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan
didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta
di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka?
Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut
mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan
dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada
menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat
mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang
Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat.
Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?
Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka
yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)
jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman
tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama
dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg
betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY,
Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus
kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk
mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka
sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa
hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan
masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah
tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah
cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk
otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan
otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat
melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg
memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart
dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes
bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore
pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti
dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu
berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan
sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore
dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan
cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan
Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf
dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau
sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi
goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat
saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera
terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?
Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti
terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh
sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka
sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris?
Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia?
Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh
hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin
saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan
ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik
anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya
lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya
melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun
(cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay
nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak
dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal
batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

No comments:

Post a Comment

INI ADLAH TOKEK @ POKKE BAPAK AKU PUNYA

INI ADLAH TOKEK @ POKKE BAPAK AKU PUNYA
tapi sayangnya tinggal kenangan sudah..