Friday, November 5, 2010

6 Persoalan Penting Sebelum Melangkah Ke Jinjing Pelamin

a) Bagaimana memilih pusat kursus perkahwinan?
  • Menghadiri kursus perkahwinan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri. Ia adalah syarat yang perlu dipenuhi.
  • Kursus in harus dihadiri oleh kedua-dua pihak untuk memahami tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri.
  • Pastikan anda memilih pusat kursus yang bertauliah dan dapat memberi gambaran tentang situasi pernikahan, malah dapat memberi banyak panduan tentang kehidupan berumahtangga berpandukan landasan agama.
b) Bagaimana memilih bunga yang sesuai?
  • Anda boleh memilih bunga segar ataupun tiruan untuk hiasan pelamin anda mengikut bajet anda. Majlis perkahwinan yang diadakan di dewan atau rumah yang mempunyai hawa dingin boleh dihiasi dengan bunga segar.
  • Untuk pengetahuan anda, bunga segar yang diimport lebih tahan lama berbanding dengan bunga hasil tempatan.
  • Pemilihan bunga juga harus tepat pada keadaan cuaca. Jika bersanding di luar khemah, maka anda harus menggunakan bunga tiruan.
c) Apakah borang yang perlu diisi dan dilengkapkan untuk majlis nikah?
  • Penyediaan semua borang dan keperluan akad nikah mungkin agak merumitkan kerana ia memerlukan persetujuan qariah tempat anda, khususnya untuk bakal pengantin perempuan.
  • Tetapkan temu janji dengan kadi, masjid tempat untuk pernikahan, saksi, and keperluan lain.
d) Bagaimana menjaga kecantikan sebelum ke jinjing perkahwinan?
  • Anda perlu kelihatan natural dan unik dihari persandingan. Untuk itu, pastikan solekan anda sesuai dan tiada kelihatan jerawat atau bintik hitam di muka.
  • Untuk itu, dapatkan tips yang ringkas dan menarik untuk mengurangkan tekanan yang dialami dan dapatkan rehat yang secukupnya.
  • Anda boleh menggunakan concealer jika ada tanda hitam dibawah keropak mata.
  • Anda juga boleh mendapatkan rawatan spa, dan memilih jurumekap yang profesional.
e) Apakah ciri-ciri pelamin yang sesuai?
  • Pelamin bukan saja tempat untuk tetamu melihat anda dan pasangan anda menjadi pasangan suami isteri, malah pelamin juga tempat anda merakamkan detik indah yang diingati sehingga ke akhir hayat.
  • Pastikan pelamin anda kukuh kerana ramai yang akan mengambil gambar di atas pelamin. Keluasan pelamin juga harus dipertikaikan.
  • Elakkan pelamin yang mempunyai banyak tingkat kerana kebarangkalian anda atau tetamu terjatuh dari pelamin.
  • Pemilihan kerusi di atas pelamin juga harus sesuai supaya kelihatan segak dan tidak terperosok.
f) Bagaimana memilih perabot bilik tidur/kamar yang terbaik?
  • Pilihlah set tidur anda mengikut bajet anda. Set tidur yang berharga RM2000 atau ke atas adalah sesuai dengan buatan dari kayu.
  • Warna set tidur kontra dengan warna dinding supaya perabot perkahwinan anda lebih terserlah.

No comments:

Post a Comment

INI ADLAH TOKEK @ POKKE BAPAK AKU PUNYA

INI ADLAH TOKEK @ POKKE BAPAK AKU PUNYA
tapi sayangnya tinggal kenangan sudah..